Sunday, December 2, 2012

Ukhwah Itu Dapat Dirasa Apabila...


Bismillah..

Ukhwah itu dapat dirasa apabila:

1. Kawan mengingatkan kita untuk menunaikan solat tanpa mengira usia.

2. Solat berjemaah bersama-sama walaupun cuma di atas rumput beralaskan 
    kain rentang sebab tak jumpa surau yang berdekatan.

3. Makan picnic beramai-ramai setelah masak berjemaah.

4. Tak cukup dengan makan bersama, dihiaskan lagi ukhwah dengan 
    menyuapkan makanan ke mulut rakan.

5. Senior memberi salam kepada adik2 junior kerana dalam hati sudah 
   memahami, bukannya junior sombong memberi, tapi malu untuk mengucapi.
   (Is that a real word? Mengucapi? Takpe semua boleh haha)

6. Meringankan beban kawan yang penat dengan membantu membuat
    kerjanya sedikit walaupun tak banyak tanpa mengharap ganti rugi 
    mahupun belanja.

7. Setelah penat sehari di kuliah, mendapat surprise air susu cokelat dari 
    rakan.

8. Kakak senior yang sememangnya awesome mengingati nama adik junior 
   walaupun jarang sekali terjumpa. (Sedih bila terlupa nama kakak senior)

9. Kawan memaafkan kita yang memang annoying kadang-kadang walaupun
   geram sikit-sikit.

10. Senyum manis tanda sayang sesama Islam. 
     (Kalau girls senyum manis kat girls jugak k, bukan kat ikhwah)


P.S. Random things that make me love Ukhwah Fillah



No comments:

Post a Comment