Bismillah..
Rasanya sume orang pernah dengar pasal couple itu haram, at least benda ni famous antara budak2 Muslim Malaysians atau lagi tepat lg, budak2 Melayu. Ana setuju dengan statement ni (Huish! Ana tbe2!). Tapi mcm terfikir, syok sendiri pulak mcm mane??
Definition of syok sendiri:
Sejenis perbuatan atau perlakuan yang melibatkan hati dan perasaan tapi pengetahuan tentangnya hanya tertakhluk kepada tuan empunya perasaan sahaja.
Clear dah kan?
Contoh situasi yang melibatkan crush:
On the way balik dari kelas tuition waktu malam dgn kawan2, tiba2 Encik Crush pon lalu. Untuk menegur, selaku seorang struggling muslimah, anda rasa tak patut sebab nak menjaga ikhtilat. Encik Crush pulak sememangnya jenis tak menegur perempuan sebab dia ikhwah yang menjaga pandangan (sebab tu ada crush dgn dia *shy2 cat*). Untuk hanya memandang, lagi la tak patut. Tapi sebelum sempat buat2 tak nampak, Encik Crush dah ternampak anda sebab kebetulan dia angkat kepala masa anda lalu di hadapannya. Lalu dalam keadaan panic attack tak tau nak buat apa, anda cpt2 pandang ke bawah bagaikan tak nampak walaupun hakikatnya terang-terangan dah nampak. Haish. Dahla gaya ala2 sombong, kantoi keluar malam tanpa mushrif T_T
Mushrif: Perkataan yang sangat popular dalam kalangan student Malaysia di Mesir. Maksudnya ikhwah atau lelaki yang menemankan akhawat bila keluar terutama sekali waktu malam. Tujuan bertemankan seorang atau dua orang ikhwah adalah untuk menjaga keselamatan akhawat Malaysian di Mesir dari gangguan Arab.
Rasa malu tak tau nak letak mana muka yang dah rasa panas ni. Hot kemerahan muka you know! Malu sebab mmg syok sendiri dgn Mr Crush tapi lagi malu sebab rasa respect dengan peribadi dia yang menjaga pandangan. Tak sampai sesaat cepat2 dia menundukkan kembali pandangan.
Okay cerita dah melalut panjang....
Hah! Jadi, persoalannya sekarang, syok sendiri itu boleh ke tidak...?
Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)
In this ayat, Allah mentioned to us not only to NOT engage in zina, but to avoid any encounters that can lead to zina itself. For example, it may start with a simple text messaging. Then it may lead to going on a date with each other. Next will be holding hands, touching, kissing, etc. You get the idea.
Hadis Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Abu Hurayrah r.a. yang bermaksud: "Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya." [Hadis Riwayat Bukhari]
Even the Prophet himself Nabi Muhammad s.a.w. had mentioned about other forms of zina. They may not be the actual zina, but they can truly waver the hearts of the believers.
Rasanya hampir semua orang tau yang syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan anak2 Adam. Kadang2 kita tak perasan betapa halusnya hasutan syaitan tu. Dia tak suruh kita terus berzina, dia mesti start dengan ringan2 dulu. Mula2 dia suruh tengok each other, lepas tu ter-admire la pulak dengan sifat dia yang alim2 gitu. Dia suruh cuba contact, test power sikit tengok dia reply tak. Gurau2 sikit masa texting, liking sikit dekat facebook status. Lama-lama sendiri tak sedar yang kita dah masuk pun dalam perangkap syaitan. Nauzubillah...
Honestly, as a struggling muslimah, sometimes it is hard to differentiate which is right and which is wrong according to syara'. Definitely my own fault and I will continue on to try to improve myself as a Muslim.
Memang susah nak control hati sendiri. Kadang2 kita just dah tersuka kan. Allah tau dan kenal sangat hamba-hambaNya. Allah cipta kita dalam keadaan yang memang tak sempurna. Suka syok sendiri tu mungkin susah nak elak. Tapi yang kita boleh control, perbuatan kita. Kalau dah tersuka, jangan kita buka ruang untuk digoda syaitan lagi. Jaga ikhtilat dan pergaulan. Elakkan perbualan yang memang tak penting. Agak2 kalau tiba2 terfikir jokes baru ke apa ke simpan jela britau kat housemates ke lagi baik insyaAllah. Kalau ada situasi yang memang dah tak boleh elak contoh kene bercakap dalam buat kerja, jangan kita lembutkan suara dengan sengaja. InsyaAllah, May Allah help us in keeping our hearts close to Him always. :)
Serious terasa bila tengok pic nie. Ouch!